Monday, May 14, 2012

Pertunanganku, 10 MAC 2012 ^_^

Alhamdulillah..
pada 10 Mac 2012,
perubahan status berlaku kepadaku. saya kini sudah menjadi tunangan kpd seorg teruna idaman hati, yg bernama Abul Muslim bin Hussien. ;)

 secara tak rasmi,
dengan ini, sy ingin mengesahkan bahawa, Noor Ayuni sudah menjadi tunangan kepada Abul Muslim. 


bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis ku



 'sama cantik sama padan kan?' - bersama cinta hati saya. 


abah tercinta menyarungkan cincin di jari manis bakal menantu nya. - ustaz Abul..hihi!



  ehemm.. sempat lagi merenung...hehe


ku panjatkan kesyukuran kepadaNya, seperti yang dirancangkan, majlis berjalan dengan lancar.
kini, jaris manisku sudah tersarung cincin yang menunjukkan gadis manis ini sudah di'tanda' oleh seorang jejaka. 

semoga ikatan ini lebih mengeratkan kami dan dapat meneruskan hubungan yang sah iaitu dengan ikatan dan termeterainya akad nikah = hubungan yang halal disisi Islam...

dengan restu kedua ibubapa, doa dan keredhaan dariNya, akan menyerikan lagi perhubungan ini hingga ke syurga. Aminn...

buat tunang ku cinta lagi ku sayang, 
terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
terimalah segala kekurangan diri ini dengan sepenuh hatimu.
tegurlah dinda, jika ada salah,
berbincanglah jika ada yang tak kena.

dinda doakan yang terbaik untuk kita berdua. nantikan debaran peringkat seterusnya. 'gerbang perkahwinan'!! ^_<3

I truly love you my prince. same goes you truly loves me. <3


Lots of love from me,
NAR

No comments:

Post a Comment