Tuesday, May 15, 2012

Asas mewujudkan perhubungan @ interaksi yang berkesan


Al-Quran telah memberikan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. 
Antara ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas termasuklah:

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun". 
(Surah Al-Baqarah: 263)


“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu harapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. 
(Surah Al-Isra’ : 28)


“Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”. (Surah Al-’Imran: 159)


No comments:

Post a Comment